Bukan mudah menyatakan rindu dengan kata-kata. Ia lebih mudah dibuktikan dengan perlakuan. Tetapi adakah ia akan ditafsirkan sebagai sebuah 'bukti cinta' oleh mereka yang kita cinta? Ia diterima atau tidak? Akan membawa bahagia atau derita? Bagaimanakah bentuk 'bukti' cinta' yang sebaik-baiknya? Bukti yang berlandaskan pegangan agama dan semestinya tidak melanggar adat dan pegangan kita sebagai warga Timur yang dibanggakan sejak kita boleh berfikir secara waras?
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Langkah kaki tetap diteruskan walaupun kudratku sudah sampai ke hujungnya. Perjuangan ini masih belum berakhir. Ia tidak akan berhenti sehingga nafasku turut sama terhenti. Lorong yang dipenuhi runtuhan dan cebisan monumen-monumen itu disirami darah. Ia tidak suci seperti waktu diri ini menjejakan kaki buat pertama kalinya ke "Kota Putih" ini. Pintu kota ini telah dicemari. Keunggulannya akan padam, sama dengan hayatku yang juga akan padam bila-bila masa.
Jeritan dan laungan semangat perjuangan rakan mahupun musuh di luar kota tidak mampu lagi aku dengar. Misiku kini adalah menempatkan 'jasad'ku di "Kaca Biru". Hanya dengan cara ini sahajalah peperangan ini akan berakhir. Hanya dengan cara ini dapat aku selamatkan mereka yang aku sayang walaupun diri ini kini dibenci. Hanya dengan ini...
"Apa yang kau buat di sini?! Kau tak layak menjejakkan kaki di sini lagi!"
Caryn menoleh walaupun dia tahu milik siapa suara itu. orang yang paling dia sayang walaupun tidak akan dimiliki. Selamanya...
"Saya di sini untuk melaksanakan tanggungjawab saya yang terakhir, Tengku. Izinkan saya pergi," ujar Caryn dengan senyuman lemah. Lelaki yang menegurnya memandang dengan pandangan benci bercampur keliru.
"Terakhir?! Apa maks..." kata-kata Adrian terhenti apabila Caryn menoleh dan berlari meninggalkannya termangu. Tidak! Dia tidak pergi begitu sahaja. Dendamku kepada perempuan ini masih menyala. Atau adakah ia cinta?
Caryn segera menghiris lengannya dan menitiskan darah ke atas gelas yang menempatkan hubungan antara "Kaca Biru" dan enjin yang dapat menghidupkan kembali 'Bara Merah".
"Apa yang kau cuba buat? Bukankah apabila manusia menggunakan darah untuk menghidupkan "Bara Merah", ia seperti menempah ma..."kata-kata Adrian sekali lagi terhenti apabila dia melihat senyuman Caryn. Akhirnya dia faham kini mengapa perempuan ini merancang untuk mengkhianati kota ini, mengapa perempuan ini tidak membalas lamarannya, mengapa tukang tilik itu mengatakan ia akan berakhir dengan kematian "The Chosen One", mengapa...
"Ya, ia akan berakhir, Tengku Adrian. Sama seperti apa yang tertulis dalam hikayat tersebut. Sama seperti apa yang berlaku kepada "The Chosen One" 100 tahun yang lalu. Akhirnya saya faham mengapa tidak tertulis hayat mereka selepas berjaya menyelamatkan kota ini dari kehancuran. Ini kerana mereka mengorbankan segalanya termasuklah jasad dan roh untuk memastikan kota ini tidak hilang dek kehancuran".
'Tapi..."
'Tiada tapi Tengku. Ia lebih baik begini kerana walaupun saya mungkin berjaya menghidupkan "Bara Merah" menggunakan "Kristal Sakti", ia tidak akan membawa kegembiraan buat semua. Ada dikalangan warga istana dan rakyat tidak menyukai saya. Jadi, lebih baik begini. Saya buat semua benci kepada saya dan saya hilang dari muka bumi ini tanpa tangisan kesedihan. Hanya kegembiraan dengan selamatnya kota ini dan kematian saya sendiri, bukan? Lebih baik ia terakhir begitu..."
"Saya... saya tidak mahu ia berakhir begini Caryn. Saya tahu ada sesuatu yang tidak menepati situasi apabila kamu tiba-tiba berpaling tadah dan 'kematian' pahlawan-pahlawan tersebut. tetapi saya tidak dapat meneka apa yang sedang berlaku...
p/s : malas nak sambung...