Langkah yang di atur kemas sejak menuruni tangga rumah usang itu menjadi goyah. Mengapa dia di sini??? Bukankah dia sepatutnya di luar negara? Mengecapi bulan madu bersama Sofia?
Sungguhpun hanya dua bulan yang lalu peristiwa pahit itu terjadi, luka di hati masih berdarah. Hatinya ragu-ragu untuk meneruskan langkah ke ruang tamu. Tetapi dulang di tangan perlu dihantar. Tetamu perlu dihormati, tidak perlu mengambil kira sama ada mereka pernah melukakan hatinya. Atau dia yang melukakan hati mereka? Untuk kebahagiaannya yang pastinya bukan untuknya... hanya seorang gadis yang tidak punya apa-apa.
Daniel Tariq Arief, kenapa awak muncul kembali? Bukankah saya sudah memberi kata putus dahulu? Yang saya bukan di cipta daripada tulang rusuk awak? Sofie Adilla Khan yang lebih layak, lebih ...
"Kak, nie Ary datang jemput kami pulang," ujar suara Mak Nab dari belakang Izryn. Terkedu dirinya apabila jejaka itu turut berada di sisi ibu saudaranya. Persembunyiannya di pulau ini tidak berjaya. Mereka masih dapat mengesan di mana dia bersembunyi. Tidak cukupkah luka yang ditninggalkan dahulu?
"Ryn, u nampak, em... kurus," suara garau jejaka bermata redup itu. Iris matanya yang coklat tepat memanah tubuh Izryn disebalik kaca matanya. Ya, awak juga nampak kurus Daniel. Kenapa?
p/s: ini post merapu kerana saya suke name Daniel Tariq Arief itu ^.^