Hidup tidak selalunya indah. Suka mahupun duka datang silih berganti. Kesilapan lalu mengajar Ilham apa itu kebahagiaan. Pantai yang diselimuti pasir-pasir halus bak sutera dibiarkan menari-nari di celah jemari kakinya. Angin malam yang tidak menentu langsung tidak memberi kesan kepada Ilham. Fikirannya jauh. Lebih jauh daripada kedudukan pantai itu dengan pantai di mana yang teristimewa berada. Bahagiakah dia di sana? Ingankah dia padaku yang pernah bertakhta di hatinya? Mengapa tidak daku katakan "Ya, saya terima" sewaktu dia melamarku dahulu? Mengapa dilepaskan kebahagiaan itu?
"Ilham...." ucap suatu suara di sisi gadis itu. Ilham menoleh, mulutnya hampir ternganga melihat susuk tubuh jejaka yang melangkah penuh yakin menghampirinya. Senyuman dia masih sama. Mungkin dia sedikit kurus, tetapi karisma yang dibawa oleh lelaki itu masih sama. Masih menggetarkan jiwanya. Tetapi, kenapa?
"Khairul, apa awak....," kata-kata Ilham putus apabila lelaki itu meletakkan jari telunjuknya ke bibir Ilham. Lelaki itu tersenyum.
"Saya kembali untuk meluahkan cinta saya. Saya pergi untuk melupakannya. Tetapi gagal. Hanya awak di hati saya, Ilham," ujar lelaki itu dengan renungan mata yang lembut.
Mata Ilham mulai berkaca. Jemarinya menggeletar. Adakah benar apa yang aku dengar ini? Bukan mimpi?
"Em, boleh awak ucapkan sekali lagi?" soal Ilham. Ingin kepastian.
"Saya cintakan awak"
"Lagi"
"Saya cintakan awak"
"Lagi"
"Saya cintakan awak"
"Lagi"
".............."
"Awak, saya tak dengar"
"KREEENNNNGGGGGG!!!!!!!!!!"
"Awak, bunyi apa tu?"
"Ilham!!!!!!!!!!!!!!!! Bangun, kate de kelas pukul 8 pg????!!!! nie dah pukul berapa????" jerit satu suara di telinga Ilham.
p/s: malas nak sambung
p/s: xde kaitan dengan mereka2 yg masih hidup atau sudah meninggal dunia
p/s: hanya imaginasi saya
p/s: ari slase nty de 2 kuiz, blh ak nk merepek?!
p/s: x abis lg kew?
p/s: x, smpai ak puas ati
p/s: kate musim tgh panas, tp dduk dlm blik nie sejuk giler~ bile mlm mesty rse mcm nk demam pastu bawak smpai ke pagi =.=''
p/s: kipas tu dipasang pd kelajuan 3 jew kowt =.=''
p/s: bile nerves jew, tekak mesty loya
p/s: esok (isnin) de meeting pkul 830 pg... mlm nie kne tido awal laa...buz day 2morow
p/s: craving for nasi arab, tp x tauler blh abis kew x..ktenye bnyak portionnye
p/s: ok, dah abis~~~